Monday, December 20, 2010

ANUGERAH ILLAHI

Salam perjuangan.

Hari ini berita bas excident yang menyebabkan 26orang penumpang bas tersebut meninggal dunia juga berita kehilangan seorang sahabat perjuangan membuat aku kembali mengingati mati. Kematian itu pasti. Namun kita yang masih hidup ini masih alpa. Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara berlaku dalam hidup kita.

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati

Sebelum sakit, tua, miskin, sempit, ataupun mati kita di beri peluang mempunyai tubuh yang sihat, umur yang masih muda, rezeki yang murah, masa yang lapang, dan kehidupan. Hargailah lima perkara ini. Jangan sia-siakan nya.

Aku sihat, dengannya aku mahu membuat amal kebaikkan.
Aku muda, dengannya aku mahu membuat amal kebaikkan.
Aku kaya, walau bukan kaya harta tapi aku kaya budi, kaya kesabaran, kaya kasih sayang, dengannya aku mahu membuat amal kebaikkan.
Aku lapang, walau seketika dan walau tanggungjawab melebihi masa yang ada, dengannya aku mahu membuat amal kebaikkan.
Aku masih hidup, dengannya aku mahu membuat amal kebaikkan.

Ya Allah banyaknya anugerah yang Engkau berikan kepadaku. Pandulah aku menggunakan anugerah ini sebaiknya. Setiap detik dalam hidupku, bantu aku ya Allah.

Tuesday, May 25, 2010

Kenali Rasullullah saw

RASULLULLAH S.A.W

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
· Khadijah Binti Khuwailid.
· Saudah Binti Zam'ah.
· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
· Zainab Binti Jahsy.
· Maimunah Binti Harith.
· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN: Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1.. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona...
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan...
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
· Kulitnya putih lagi bercahaya.
· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

SEBARKAN kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Thursday, April 15, 2010

Mengenal masyarakat disekelilingmu


Waktu di hospital, semasa menunggu kawan keluar dari hospital setelah selamat melahirkan baby sulungnya. aku duduk di kerusi sebelah sorang makcik...


Aku : tunggu sapa mak cik?(Allah, lupa bg salam)
Mak cik : tunggu anak, melahirkan anak sulung...kira tengok cucu la...
Aku : owh, cucu ke berapa ni?(Soalan lazim aku)
Mak cik : yang ke 13...
Aku : cucu sulung dah umur berapa?
Mak cik : tingkatan 3.pandai budaknya, asyik periksa dapat A je...ni pun cikgu yang hantar ke sekolah berasrama penuh waktu dpt 5A dalam UPSR.
Aku :(huh! bisa)
Mak cik : anak mak cik yang bersalin ni anak bongsu...umur 16tahun...
Aku : eh! tak sekolah ke?
Mak cik : dia taknak belajar dah...liar budaknya...
Aku :(mak sendiri kata anak liar?ngerinya...)
Mak cik : kawannya macam2, ayah kepada anak yang baru lahir ni bukan ayah sebenar…
Aku : ayah sebenarnya mana?
Mak cik : tak bertangungjawab...nyaris ada yang ini, nak kat anak makcik..baru 3 bulan kawin...
Aku : baiknya…makcik kenal ke yang ini?

Mak cik : tak…mak cik tak kenal kawan2 dia, tapi mujur la yang ini mahu jaga dia…waktu sarat mengandung pun dia yang banyak tolong…makcik ada tanya dia tak menyesal ke kawin dengan anak makcik…tidak katanya…

Aku : (moga2 dia ikhlas)

Mak cik : ayah baby tu yang sebenar,keluarganya taknak terima anak makcik, katanya anak makcik dah tak laku…kalau ye pun jangan la kata nak makcik macam tu…makcik taknak dia buang anak macam berita dalam tv tu…baik jaga…kalau taknak bela pun baik bagi kat orang, jangan buang merata2…

Aku : betul…

Kawan aku pun dah selesai urusan hospital dan bergerak pulang.aku bersalam dengan makcik tadi

Aku : nanti jumpa lagi…(entah bila agaknya)

Makcik tu senyum dan menganggukkan kepalanya…

Perbualan yang ringkas tapi berkesan dalam hatiku…banyaknya cabaran mendidik anak zaman sekarang ini. Ya Allah bantulah aku melahir dan mendidik anak2 aku nanti sehingga menjadi insan yang berguna kpd AGAMA, bangsa dan negara. Anak yang semasa hidupku menghiburkan dan semasa matiku mendoakan kesejahteraanku...Dan lagi satu cabaran mendekati,memahami dan menasihati mad'u...Permudahkanlah aku Ya Allah...





Sunday, April 11, 2010

Sucikan hatimu

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.
Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini

merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan

menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5.
Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk

diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2

kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,

tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang
mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."
wallahua'lam.


Saturday, April 3, 2010

Hujan Rahmat

Malam ni hujan di kediamanku...agak lebat namun masih mendamaikan, benarlah Firman Allah dalam al-Quran:

Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak mempunyai anak, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan(-Nya), dan Dia menciptakan segala sesuatu, lalu menetapkan ukuran-ukurannya dengan tepat.(Al-Furqan:2)

Air hujan yang Allah turunkan pun Allah ukur, sesuai untuk hamba2-Nya. Subhanallah...

Waktu2 camni ingat kat allahyarham ayah...semoga ayah sejahtera di sana. Ayah, senyuman ayah, lambaian tangan ayah, masih jelas dalam kenangan ini...Ayah, satu perkara yang selalu idah buat dulu, mencium tangan dan dahi ayah...tapi sekarang tak ada lagi...namun doa untuk ayah idah tak pernah lupa...Saat kucupan kali terakhir di dahi ayah rasa detik masa berhenti dan hati ini berkata 'sejuknya dahi ayah'. selama ini dahi ayah dingin, tapi kali terakhir itu dahi ayah sejuk...muka ayah idah tersenyum sahabatku memberitahu...Syukran sahabat, di saat itu kalian datang memberi semangat...
Mak, idah rindu pada mak...maaf sebab kerja jauh2...Insya-Allah idah akan call mak setiap hari.

Ya Allah, ampunilah dosa2 ibuku, sihatkanlah tubuh badannya supaya dia mudah beribadah kepada-Mu. Lindungilah dia dari kejahatan manusia dan jin. Berilah aku ruang,kesempatan,peluang dan kemampuan untuk aku menghiburkan hatinya.
Ya Allah, ampunilah dosa2 ayah, tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman,cucurilah rohnya dengan Rahmat dan Kasih Sayang-Mu..Jadikanlah tempat persemadiannya sebahagian daripada taman-taman Syurga-Mu, lindungilah dia dari siksaan kubur dan api neraka, sesungguhnya Kaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...

Hari ini dan semalam

Semalam aku berlari
Hari ini aku masih berlari
Hampir rebah namun tetap tabah
Menuju destinasi yang pasti aku akan tiba...

Ya Allah,dalam perjalanan ini aku merasakan kadang2 gelap kadang2 sempit kadang2 sesat membuatkan aku ketakutan terus mencari cahaya di hujung sana...

Ya Allah, jika aku dalam ketakutan Kau berikanlah aku keberanian, jika aku sesat tunjukkan aku jalan, jika aku jauh dari Mu sentuhlah hatiku, kerana aku mahu terus bergerak seiring jihad Rasulullah...

Friday, April 2, 2010

Salam permulaan...
satu perkongsian

Bila lemah diraikan
Bila kukuh dipupuk lagi
Yang jauh didekatkan
Yang dekat diziarah lagi

Sahabat seperjuangan...