6 perkara Allah
sembunyikan
Allah SWT selesai
menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula
baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat
lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya
sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah
engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman
yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as
berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap
rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail
as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu
telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang
pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman
nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka
itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam
keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa
mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan
solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as
berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai
imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang
bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal...'
Kemudian Jibrail as
meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as
mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan
sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh
jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun
sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di
bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah
aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau
seperempatnya? '
Kemudian Allah swt
berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000
tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang
engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu
tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka
kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita
fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan
enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah
menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah
menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah
menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah
menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah
menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah
menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai rakan rakan ku yg
dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana
kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak
kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa
dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...