Monday, December 20, 2010

ANUGERAH ILLAHI

Salam perjuangan.

Hari ini berita bas excident yang menyebabkan 26orang penumpang bas tersebut meninggal dunia juga berita kehilangan seorang sahabat perjuangan membuat aku kembali mengingati mati. Kematian itu pasti. Namun kita yang masih hidup ini masih alpa. Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara berlaku dalam hidup kita.

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati

Sebelum sakit, tua, miskin, sempit, ataupun mati kita di beri peluang mempunyai tubuh yang sihat, umur yang masih muda, rezeki yang murah, masa yang lapang, dan kehidupan. Hargailah lima perkara ini. Jangan sia-siakan nya.

Aku sihat, dengannya aku mahu membuat amal kebaikkan.
Aku muda, dengannya aku mahu membuat amal kebaikkan.
Aku kaya, walau bukan kaya harta tapi aku kaya budi, kaya kesabaran, kaya kasih sayang, dengannya aku mahu membuat amal kebaikkan.
Aku lapang, walau seketika dan walau tanggungjawab melebihi masa yang ada, dengannya aku mahu membuat amal kebaikkan.
Aku masih hidup, dengannya aku mahu membuat amal kebaikkan.

Ya Allah banyaknya anugerah yang Engkau berikan kepadaku. Pandulah aku menggunakan anugerah ini sebaiknya. Setiap detik dalam hidupku, bantu aku ya Allah.