Thursday, June 13, 2013

Semoga Aku Menjadi Ibu yang Taat Perintah ALLAH...

Anak 1st dalam kandungan masuk ke minggu 21...baru terasa kick dari baby. indahnya saat ini...Ya Allah aku mohon permudahkan kelahiran ini. sihatkan kami, murahkan rezeki kami. Semoga aku menjadi Ibu yang baik dan sentiasa mendoakan anak yang diamanahkan ini.

Terima Kasih ya Allah


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali `Imran: 110)

Tuesday, January 1, 2013

6 perkara Allah sembunyikan~~




6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...

ALHAMDULILLAH SUDAH MASUK 18 SAFAR 1434H BERSAMAAN 1 JAN 2013

Syukur ya Allah...diri yang dhaif ini diberi kesempatan menambahkan Amalan untuk bekalan di Akhirat pada tahun 2013 ini.

Syukur dengan kesihatan yang baik
Syukur dengan kesempatan yang diberikan
Syukur dengan rezeki yang dilimpahkan
Syukur dengan kelapangan yang dikurniakan dan
Syukur dengan kehidupan dalam nikmat  Iman dan Islam

Ya Allah...

Thursday, April 26, 2012

Jadikan ia rutin mu. Insya-Allah


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.

Sabda Nabi saw :
 Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda:

Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Alangkah bagusnya ada peringatan-peringatan begini selalu. Alangkah seronoknya bersama orang-orang yang sentiasa mengingati kita untuk Solat Dhuha setiap hari. Alangkah baiknya kita menjadi orang yang mengamalkan dan mengingatkan orang lain untuk melakukan kebaikkan.


Surah Ad-Dhuha
 
1. 

وَالضُّحَىٰ


Demi waktu Dhuha;
2. 

وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ


Dan malam apabila ia sunyi-sepi;
3. 

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ


(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
4. 

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَىٰ


Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5. 

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ


Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
6. 

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ


Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
7. 

وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ


Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
8. 

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ


Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
9. 

فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ


Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
10. 

وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ


Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
11. 

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ


Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Tuesday, April 24, 2012

Kuatkan Kami di Jalan-MU

'Andai saya mati dulu, abg redha...saya masuk syurga.' kata seorang isteri kepada suaminya.
'Jangan tinggalkan abg, kita mati sama-sama...' bicara kasih seorang suami.

Ya Allah, aku mohon keampunan dan keredhaan-Mu atas diri yang hina ini. Kini bersama suami mencari keberkatan-Mu. Berjuang menegakkan agamamu dengan kelebihan mahupun kekurangan yang ada. Kuatkan kami di jalan-Mu.

Satu Perkongsian

Jika anda berusaha menjadi baik insya-Allah, Allah akan tolong. Jangan teruskan tradisi keluarga anda yang buruk, teruk malah dikutuk oleh manusia dan dimurkai Allah. Insya-Allah ada jalannya...


Pandangan Menembus Akhirat

baby
Bismillahiwal hamdulillah...
Sudah hampir 4 tahun lebih saya terlibat dalam 2 lapangan yang agak kontra bagi sesetengah pihak. (iaitu dakwah juga perubatan). Maka pandangan saya kadang-kadang,kebanyakannya dipengaruhi oleh 2 bidang tersebut.
Sudah lebih 4 tahun juga post-post saya dalam dalam bidang dakwah sahaja (saya boleh katakan begitu). Hal ini kerana ada satu perkara yang saya pendamkan selama ini. Ya, bidang perubatan amat luas dan saya boleh bercerita pelbagai mengenainya. Tetapi saya rasa saya juga perlu menjentik sedar apabila berbicara berkenaan dunia perubatan. Dan ianya sangat banyak sehingga tidak mampu tertulis selama ini.
Tetapi perkara yang paling merunsingkan saya ialah apabila pesakit yang hadir adalah terdiri daripada mereka yang bermasalah sosial. Semasa berada di posting Perbidanan & Sakit Puan hati saya dirundung pilu melihatkan betapa ramainya kelahiran anak luar nikah saban hari seawal usia 14 tahun. Cuba anda bayangkan pada satu masa hampir 5 orang wanita yang mengandung tanpa suami di sisi berada di dalam wad sebuah hospital kerajaan. Cuba anda bayangkan lagi mereka ini tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta justeru terpaksa menebalkan muka walaupun masyarakat memandang sinis untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Yang mampu mendapatkan rawatan di klinik swasta? Sudah berapa ramaikah dicatatkan? Maka berapa ramaikah manusia(hamba Allah lelaki+perempuan) telah berzina sebenarnya?
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina krn ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
Hadis riwayat Baihaqi
Ibrah Tsunami
Tsunami serta bala-bala lain hadir bukan kerana saja-saja. (simpati kepada sahabat-sahabat Acheh dan Indonesia semestinya) Dan Al Quran diturunkan juga bukan kerana saja-saja. Bilangan muka surat berkenaan nikmat,azab,bala bencana juga bukan hanya sekadar memenuhi bilangan ayat dan muka surat. Mustahil Allah swt melakukan sesuatu dengan sia-sia.
Sabda Rasulullah saw:
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
Hadis riwayat Imam Ahmad
Sesetengah masyarakat ada mengatakan kita di Malaysia bersyukur kerana tidak banyak bencana alam yang berlaku. Masyarakat kita aman damai. Kita harus bersyukur. Saya bersetuju di satu sudut,namun tidak bersetuju di satu sudut yang lain.
Adakah jenayah zina,rogol,rompak,bunuh,kecurangan,sumbang mahram dan segala bentuk keruntuhan akhlak itu bukan bala dalam bentuk azab? Jika ianya bukan bala kenapa setiap kali kita mendengar berita tersebut dada kita semakin sempit? Dan kita berdoa agar kita dijauhkan dari perkara tersebut. Hakikatnya kita lebih sempit dari negara yang berperang. Kita dilihat aman, tetapi hati kita sangat bimbang membiarkan anak gadis keluar hatta ke kedai runcit. Kebebasan apakah yang kita nikmati ini?
Adakah perlu untuk kita menunggu akan hadirnya gegaran serta ombak besar yang bisa menenggelamkan seluruh semenanjung Malaysia ini baru kita termagu-magu tersedar ini merupakan bala untuk hamba-hambanya yang lupa di Malaysia ini?
Firman Allah SWT:
Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi
Hud: 82
Firman Allah swt:
Dan Berapa banyak umat yang telah Kami (Allah) binasakan sebelum mereka, sedang mereka itu lebih kuat dari mereka (yang sekarang), lalu mereka berhempas pulas mencari rezeki) di dalam negeri. Adakah ada lagi (tempat melarikan diri )daripada maut?
Qaaf: 36
Mari Menjadi Negarawan
Adakah jawatan itu=tanggungjawab? Dan kita akan berasa tanggung jawab apabila berjawatan. Maka tiada jawatan tangungjawab pun terlepas. Saya tidak Nampak adanya manusia hidup tanpa tanggungjawab, melainkan manusia yang ditarik nikmat kewarasan akalnya untuk berfikir. Hal ini kerana, andai seorang manusia itu tidak memegang apa-apa jawatan sekalipun dia tetap mempunyai tanggungjawab sebagai hamba Allah swt.
Bukanlah jawatan kita yang menentukan tanggungjawab. Hakikatnya, semua kita berkongsi tanggungjawab yang sama. Cuma tujuan jawatan itu diwujudkan adalah untuk pembahagian tugas. Namun (rasa) kita tetap sama.
Maksud hadis Nabi:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu."
(Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)
Pelajar sekolah perlu mencintai sekolah, menjaganya sebagaimana Tuan Pengetua mencintai dan menjaganya. Pelajar universiti perlu mencintai universiti serta kolej kediaman sebagaimana principal mengambil berat. Bukan mengambil alih tugas,tetapi memiliki kepekaan yang sama. Contoh paling mudah tidak membuang sampah merata-rata dan tidak membuat bising kerana kita mencintai persekitaran kita serta tidak mahu membebankan pihak lain.
Begitu juga dengan NEGARA. Walaupun kita mungkin hanya seorang rakyat yang tidak dikenali, tetapi kita perlu mempunyai rasa tanggungjawab atas WATAN kita, seakan-akan kitalah seorang Perdana Menteri. Kita patut peka dan sensitif terhadap apa sahaja yang berlaku kepada negara kita, keadaan serta perjalanan negara dan rakyatnya. Kita tidak akan redha sedikit pun anasir buruk menguasai negara kita. Kita tidak akan redha dengan kebobrokan pemimpin atau rakyat yang merompak harta negara. Kita tidak akan redha dengan penghinaan terhadap hukum islam. Kita tidak akan redha dengan peningkatan gejala maksiat yang semakin membarah. Anda redha? Saya tidak.
Kita akan meredhai golongan yang yang akan menyeru untuk kembali kepada deen yang sebenar. Kami akan menyokong apa-apa usaha kearah kebaikan dan kami akan bersama mereka. Kerana Tuhan. Ya, kerana Allah. Kerana Allah kami akan menjadi golongan rakyat yang peka,proaktif dan bertanggungjawab dalam membantu dan membangunkan sebuah negara yang baik dan diredhai Allah. Silakan jika kamu wahai pemimpin ingin merosakkan negara ini, tetapi ingat saya tidak akan sesekali meredhai tugas kalian itu dan Allah Maha Mengetahui!
P/s: Kerana saya tidak mahu Allah menurunkan bencana kepada saya,keluarga saya, serta rakan-rakan terbaik saya dan kamu juga. Kerana bencana terhadap kamu juga akan terkena kepada hamba-hamba Allah yang soleh.Jadi, bertanggungjawablah kerana Allah.
(Tribute kepada rakan terdekat yang sentiasa update isu semasa. Ingatlah usaha anda tidak sia-sia. Pahala kalian akan berganda kerana hal itu melibatkan urusan negara)

Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Raya bagi ibuku dan sesiapa yang berpuasa enam

Selamat Hari Raya untuk puasa enam bagi ibuku. Semoga Allah merahmatimu.